Sabtu, 21 Februari 2009

Kejutan diulang tahun ke 5 bebas kanser

Assalamualaikum semua. Semoga anda semua sihat sejahtera. Alhamdulillah saya dapat bertemu kembali dengan anda semua, setelah sekian lama mendiamkan diri.

Pada awal Jun 2008 , lagi beberapa hari lagi saya nak menyambut hari kemerdekaan dari makan tamoxefen, ubat antiestrogen dalam rawatan kanser saya, saya kurang sihat. Tak pernah rasa senggugut sebegitu sakit dan tidak selesa. Beberapa bulan yang lalu ada sekali datang haid melimpah ruah, sampai lembik. Doktor bagi makan Transamin tiga hari lepas tu ok. Selalunya sakit sikit-sikit sehari dua je. Tak perlu pun nak makan paracetamol. Tapi kali ini sakit pinggang dan perut hebat sekali , mula dari Isnin sampai hari Jumaat baru larat bangun gi hospital gi check doktor.

Bila jumpa doktor , buat ultrasound nampak macam ada empat ke lima cyst kat peranakan. Doktor arah buat second ultrasound dan CT Scan nak tau samada twisted cyst ke apa ke? Tapi saya dah disediakan untuk pembedahan kecemasan sekiranya perlu. Tengahari tu kawan sehospital kecoh, keluarga lagi kecoh sebab pada waktu yang sama Nyai pun lemah sangat sampai panggil semua anak cucu balik.

Bila maklum pada emak minta doa, mak dah terkata . Berulang lagi ke peristiwa lima tahun dulu? Dulu waktu saya nak buat mastectomy , bapa sakit, lepas bedah seminggu bapa pulang kerahmatullah. Kali ini , saya bergandingan dengan Nyai pula. Siapa yang akan pulang kerahmatullah, saya atau Nyai?

Pembedahan lima tahun dulu kami sekeluarga rahsiakan dari mak dan bapa, sebab kesian pada mereka sebab dua-dua pun tak sihat. Tapi kali ini, bapa dah tak ada, simpati mengatasi kesian, saya maklumkan kepada emak. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa berlaku mak akan lebih bersedia. Yang lebih kuat lagi adalah mengharap doa ibu yang tiada hijab.

Bercakap dengan mak, terang pada dia keadaan diri, mohon ampun dan maaf, mohon didoakan selamat, pesan kat mak, semua insyaallah akan selamat, mak jagalah Nyai, Liya ok kat sini. Kat Pusrawi ini macam keluarga kedua. Kawan sehospital macam adik beradik je semuanya.

Jam tiga petang, doktor datang maklumkan, bukan twisted ovarian cyst, kita ade masa lagi untuk pastikan apa sebenarnya di dalam tu. Jadi ambil darah untuk buat tumor maker test untuk Ovarian Cancer CA -125 http://health.kosmix.com/topic/CA-125 . Alhamdulillah lega , bolehlah bernafas sikit. Dan dan terus maklum keluarga dan kekawan operation postpone.

Petang tu adik beradik di Lembah Klang mula datang. Malam tu kawan temankan tidor kat spital.

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan
Lima tahun yang lalu saya Allah pilih untuk menerima ujian dengan didiagnos mengidap kanser payudara. Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar. Insiden itu telah merubah saya ketahap yang lebih baik dari segi iman, amal malah kehidupan saya keseluruhannya. Sekiranya anda ingin sokongan moral dalam menghadapi kanser bolehlah menghubungi saya di rosliya@pusrawi.com.my. atau 019-7579928 Salam