Senyum adalah sebahgian dari sedekah. Ia tidak memerlukan wang. Tidak memerlukan tenaga yang banyak. Malah satu sunnah Ar Rasul.
Ia juga sebahgian dari penawar bagi diri yang menerima senyuman. Maka para penziarah sahabat yang sedang sakit dan menerima rawatan datangi mereka dengan muka yang manis dan senyuman.
Senyuman juga sebahgian dari terapi bagi yang sedang diuji dan sedang menerima rawatan hatta bagi yang masih dalam fasa diagnosis.
Senyum harus lakukannya dengan sedar. Sekiranya tidak, yang akan terzahir adalah apa yang diminda separa sedar......terlukis di wajah kita kegusaran, kemarahan, kebencian , kesedihan, kebodohan dan segala macam perasaan yang tidak membina iman.
Oleh itu kita harus usahakan senyum dengan sedar. Bila kita senyum badan akan mengeluarkan bahan kimia endorphine yang bagus untuk kesihatan badan.
Tutup pintu masuk syaitan ke jiwa dengan memperbanyakkan bertaawuf dan beristigfar.
Ungkapan positif juga boleh membantu dalam meningkatkan tahap perawatan dalam senyuman kita. Antara ungkapan yang boleh kita bisikkan pada diri adalah :
a. "Aku senyum kerana bersyukur kepada Allah menjadikan ku antara hamba yang diuji . Maka dengan ujian ini ia menghampirkan diriku kepadanya, Allah."
b. "Aku senyum kerana bersyukur Allah membantuku untuk mengerti erti kesabaran".
c. " Aku senyum kerana bersyukur Allah menyedarkanku bahwa berkata kasar itu sebahgian dari akhlak yang keji, lalu ku ikuti kesilapanku dengan senyum untuk menghapuskan dosa."
dan seumpamanya.
Salam senyum kesabaran dan kesyukuran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan