Friday, June 13, 2008

Yan...Adek Gi Dulu, Tunggu Kak Di Sana Ye.

Assalamualaikum, Yan , nama kak , Rosliya. Yan apa khabar? Yan memandang dengan salam perkenalan. Yang tidak mampu lagi berkata. Hanya gerak mata dan gerak mulut tanpa suara yang dapat diungkapkan. Badan Yan tinggal tulang. Mata Yan kekuningan. Yan banyakkan istigfar Dek. Sambungku. Kak pun macam Yan. Kita satu kelab Dek. Kak kena lima tahun dulu Dek. Terangku untuk mengenalkan diri. Aku dijemput untuk berkenalan dengan Yan sedang tenat setelah didiagnos kancer perut enam bulan yang lalu. Dalam seminggu ini Yan selalu tidak tenang.


Yan , Yan sakit ye? Yan menjawab dengan kerdipan mata. Yan sakit kat mana Dek? Yan gerakkan tangannya ke kawasan perut sebelah kanan. Yan sakit kat sini ye? Yan angguk.

Yan, kak ajar rawatan guna Surah Al Fatihah. Mari kita baca Al Fatihah sama-sama. Al Fatihah. Aku baca Fatihah agak kuat biar semua orang yang ade dengar. Yan komat-kamit ikut bacaan ku. Ameen. Yan tiup kat tapak tangan Yan ye. Ku angkatkan tangan Yan utk bolehkan dia hembus ditangan. Kemudian kuletakkan tangannnya semula ke kanan perutnya yang Yan kata sakit. Yan buat macam ini bila Yan rasa sakitnye. Yan angguk kepala tanda faham. Biarkan tangan kita kat tempat sakit tu sambil ulang bacaaan Al Fatihah atau istigfar pun boleh. Sampai kat ayat " Iyya kana'budu waiyya kanas ta'in tu (Kepada mu kami menyembah dan kepada mu kami mohon pertolongan tu,) Yan doa kat Allah . Minta Allah legakan kesakitan, mudahkan Yan dan apa saja yang Yan nak. Kami semua senyap sambil melihat reaksi Yan. Dia tutup mata. Mungkin ingin merasakan kelegaan pada kawasan yang sedang sakit tu.



Yan , waktu Yan sakit macam ini doa Yan mustajab. Banyakkan doa untuk Yan, adik beradik dan saudara mara juga semua orang yang bantu Yan. Doakan kebaikan mereka. Maafkan segala kesilapan mereka. Sambungku untuk tidak membiarkan suasana yang hening berterusan.


Yan, penat ye. Yan mengangguk. Dia banyak malam tak boleh tidur, sampuk kakaknye. Yan nak tidur ke? Tanya ku. Yan mengangguk. Ok, Yan tutup mata, kita baca selawat sama-sama. Baca selawat ni akan damaikan hati dan fikiran . Bila kita selawat malaikat akan berselawat balik untuk kita. Aku pun baca selawat perlahan-lahan sambil membelai ubun-ubun Yan. Yan cuba melelapkan mata. Dapatlah barang 5 minit. Alhamdulillah.


Yan nak apa Dek? Tanyaku bila dia tak boleh lelap lagi. Yan nak mak, jawapnya dalam suara yang aku tak faham. Tapi itulah yang kakaknya kata apa yang Yan cuba jawab soalanku. Oh Yan nak mak. Mak sekarang ada kat taman syurga tengah tunggu Yan. Yan terima keadaan sekarang ini seadanya dan rindukanlah keadaan yang indah dengan mak nanti di taman syurga tanpa kesakitan dan keletihan. Yan akan dapat lihat wajah Allah yang sangat kasih pada kita. Dia berikan ini semua pada kita untuk menghapus dosa dan meningkatkan darjat kita Dek. Yan istigfar banyak-banyak. Maafkan semua orang. Yan gi dulu. Yan tunggu kak ye di sana. Nanti kita jumpa mak dan Nabi Muhammad kat sana ye. Yan mengangguk sambil mengukir senyuman walau dalam keletihan dan kesakitan.


Yan ni hebat, Doanya makbul. Minta Yan doakan kamu. Aku mengingatkan ahli keluarganya yang ada sekelilingnya.


Jam dah hampir 7.30 malam. Yan, Kak balik dulu insyaAllah kak datang lain kali. Aku usap ubun-ubun Yan dan cium pipi Yan. Yan gi dulu , Yan tunggu kak kat sana ye. Yan doakan kak. Bisikku ke telinga Yan. Aku kucup ubun Yan dan melihat wajah Yan puas-puas. Tak pasti sempat bertemu lagi dengan dia atau tidak di lawatan akan datang.


Seminggu dari tarikh lawatan itu aku menerima berita Yan dah pulang kerahmatullah bertemu Allah Al Khaliq penciptanya. Al Fatihah.



Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan
Lima tahun yang lalu saya Allah pilih untuk menerima ujian dengan didiagnos mengidap kanser payudara. Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar. Insiden itu telah merubah saya ketahap yang lebih baik dari segi iman, amal malah kehidupan saya keseluruhannya. Sekiranya anda ingin sokongan moral dalam menghadapi kanser bolehlah menghubungi saya di rosliya@pusrawi.com.my. atau 019-7579928 Salam