Tuesday, March 31, 2009

Labaikaullah humma labaik


Banyak perubahan pada fizikal badan penulis ini. Banyakjuga perubahan pada kota Mekah Al Mukarramah di sudut prasarana dan peraturan hatta di Masjidil Haram sendiri. Berbeza dengan 5 tahun dulu, ruang solat telah ditambah dan ada yang masih dalam pembinaan. tempat sa'ei juga sudah bertingkat dan semakin luas. Dulu tidak dibenarkan ambil gambar. Sekarang boleh sahaja. Cuma terkadang kala ada juga makcik-makcik yang memegang pandangan yang rigid sekali sekala melarang.

Yang lebih penting perubahan kepada penulis adalah yang menghampirkan diri pada Allah disudut emosi, fizikal, minda, rohani dan kehidupan.

Umat Islam serata dunia berpusu-pusu mengerjakan segala ibadah berkaitan di Mekah walau bukan musim haji. Waktu saya di Mekah 16-27 Mac masih dalam visa ziarah. Tapi keadaannya tak jauh beza dengan musim haji. Tawaf ketat juga, tapi sa'ie memang terlebih ketat macam musim haji. Begitu juga keadaannya bila berjalan pulang selepas solat waktu. SubhanaAllah, besar sungguh kuasa Allah menjadikan umat manusia sangat cinta pada bumi ini.

Tapi begitu ramai kita masih juga kita belum kuat mengalahkan kuasa zionist dan kekufuran hatta sesama umat Islam belum bersatu dengan padu.

Dalam usia menjangkau 45 tahun ini terasa juga penat dan sakit-sakit badan dalam beribadah. Tapi bila lihat ada lagi penziarah yang lebih berusia hatta yang bertongkat dan bongkok tiga pun begitu bersungguh beramal , naik balik kekuatan untuk meneruskan ibadah.

Alhamdulillah, memang benar Allah akan menjaga agamanya, dan lembah ini akan terus menjadi tumpuan umat manusia seperti dalam doa Nabi Ibrahim.

Semoga Allah menggantikan sesuatu yang luput dari diri ini dengan sesuatu yang lebih baik dari itu. Amat sedikitlah pujian yang ku panjatkan pada mu Ya Allah berbanding nikmat yang telah engkau berikan.

Hambamu ini amat mengharap keampunan dan beroleh kejayaan dengan syurga dan dapat nikmat melihat wajahmu Ya Allah tuhan yang empunya rumah yang tua ini.

Madinatun Nabi , The place that I love to go


Alhamdulillah, 16-27 Mac yang baru lalu , Susilawati Hamzah dan keluarga telah sudi menumpangkan saya untuk menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W dan buat Umrah dan ziarah. Rombongan kami ada 12 orang. Terharu betul malam tu bila selamat mendarat di kota Jeddah tempat Nenda Hawa dikebumikan. Air mata menitik sepanjang jalan 5 jam menuju Madinah. Terasa lain berada dibumi Anbiya'. Teringat pelbagai masalah dan dugaan yang ditinggalkan di tanahair. Berdoa bersungguh supaya semuanya selesai dan terurus dengan baik.

Kali terakhir menjejak kaki di Madinah adalah 5 tahun yang lalu , 6 bulan selepas buat mastektomi. Kali ini pula 9 bulan selepas buat Total Histerektomi. Mohon umrah dan ziarah ini dapat menguat semangat dan membersih jiwa.

Terasa damai menjejaki tetapak para sahabat Ansor dan Muhajirin disekitar Masjid Nabawi 1430 tahun yang lalu.

Monday, March 30, 2009

Umrah dan ziarah yang menginsafkan

Alhamdulillah, 16-27 Mac, saya selamat melakukan umrah dan ziarah ke Madinah dan Mekah. Sepanjang perjalanan itu saya bersyukur kerana Allah terus-terusan mendidik diri ini dengan pelbagai pengalaman dan pengamatan.


Dua hari sebelum bertolak keluarga saya dikejutkan dengan pertuduhan keatas abang yang kamu amat tahu kejujurannya. Segala perancangan berubah untuk memberi sokongan kepada beliau. Saya amat kagum dengan mak yang tenang bila dimaklumkan akan perkara yang berlaku. Saya bersyukur kami sekeluarga bertambah rapat , mengenali dan mema sesama kami dengan segala ujian yang pelbagai akhir-akhir ini.

Thursday, March 5, 2009

Ceramah Umum Kesedaran Kanser Payu Dara Di PUSRAWI

Alhamdulillah, ceramah selamat diadakan dengan kehadiran yang amat menggalakkan. Ceramah disampaiakan oleh Dr. Razipah (Pakar Bedah) dan Dr. Zubaidah (Pakar Onkologi). Kehadiran hampir 70 orang termasuk beberapa orang kaum adam.


Peserta kebanyakkannya masyarakat umum yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kanser payudara. Ada sebahgiannya mereka adalah pesakit yang telah melaluinya. Kehadiran mereka adalah untuk mengetahui dengan lebih jelas dalam keadaan yang lebih damai. Pengetahuan asas ini sangat penting untuk mereka membantu rakan sekerja atau keluarga maupun kenalan yang mungkin memerlukan pertolongan sokongan moral diwaktu mereka di uji.


Hadir dalam majlis sebegini juga meningkatkan keyakinan "Cancer Survivor" untuk bersama masyarakat dan dapat memberi lebih makna dalam tiap detik masa dan peluang yang ada.

Mereka juga dapat mengalirkan kesedihan atau sebarang perasaan yang negatif secara bijak dengan menghadirkan diri dalam sessi yang berkaitan dengan kanser .


Saya amat gembira melihat rakan seperjuangan menjadi mereka yang lebih hebat dan bermanafaat pada masyarakat. Mereka dapat menyesuaikan diri dengan baik dan men


Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan
Lima tahun yang lalu saya Allah pilih untuk menerima ujian dengan didiagnos mengidap kanser payudara. Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar. Insiden itu telah merubah saya ketahap yang lebih baik dari segi iman, amal malah kehidupan saya keseluruhannya. Sekiranya anda ingin sokongan moral dalam menghadapi kanser bolehlah menghubungi saya di rosliya@pusrawi.com.my. atau 019-7579928 Salam