Selasa, 15 April 2008

Segala Pada Kita Adalah Pinjaman

Setiap jiwa ada keinginan yang tersendiri. Keinginan itu pastinya tidak terbatas kerana ia dipimpin oleh akal dan nafsu. Keinginan ini akan menjadi ibadah bila dibimbing oleh keimanan pada Allah. Semua dari Allah dan kerana Allah.

Terkadangkala kita terlupa isu bahawa apa yang ada pada kita dan apa yang kita inginkan adalah hak Allah. Maka emosi kita akan meruntun dan gulana. Hanya keimananan pada Allah akan mendamaikan jiwa ini dengan kembali pada asasnya sesuatu dari Allah dan kerana Allah.

Dengan itu sekiranya nikmat pinjaman yang ada diambil kembali tuan empunya, kita akan damai kerana itu pinjaman dan bukan kita punya. Kesedihan adalah lumrah atas pengambilan semula kerana telah ada kaitan emosi sayang pada diri yang menerima pinjaman. Seharusnya kita bersyukur kerana telah meumulangkan kembali pinjaman kepada yang empunya. Semoga amal kita semasa pinjaman itu bersama kita diterima dan dihargai Allah dengan beroleh ganjaran keampunan dan syurga.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Puan Sri, bila nak sambung blog ni?

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan
Lima tahun yang lalu saya Allah pilih untuk menerima ujian dengan didiagnos mengidap kanser payudara. Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar. Insiden itu telah merubah saya ketahap yang lebih baik dari segi iman, amal malah kehidupan saya keseluruhannya. Sekiranya anda ingin sokongan moral dalam menghadapi kanser bolehlah menghubungi saya di rosliya@pusrawi.com.my. atau 019-7579928 Salam