Khamis, 25 Mac 2010

Peluang Untuk "Early Stage Invasive" Kanser Payudara


Lewat petang semalam aku menerima panggilan dari seorang sahabat. "Liya , check email. Kindly respond to help person involve". Mula-mula aku agak keberatan sebab baru sahaja selesai mesyuarat di pejabat yang memenatkan. Bila ku buka NN, aku terpanggil untuk respond. Ku kongsikan email ku kepada yang bertanya kepada semua semoga boleh membantu.
Akhie Azmi.

Terima kasih kerana perpanjangkan ruang untuk beramal

Khabarkan khabar gembira pada sahabat anta, Alhamdulillah early stage. Allah ingin naikkan darjat seluruh ahli keluarga ini.

Invasive tu makna telah ada perubahan pada susunan sel yang terlibat . InsyaAllah peluang besar untuk sembuh. Sembuh sepenuhnya tu Allah yang punya. Tiada pakar yang berani menyatakan perkara tersebut.

Allah akan bertindak dengan apa yang kamu sangka atasnya. Maka, redha, usaha dan bersangka yang baik dan yakinlah dengan Allah.

Kebarangkalian tumbuh lagi ada sebab badan pesakit memang seperti ladang yang subur untuk sel kanser tumbuh. tapi nipis kalau early state . 95- 99% tiada serangan semula dalam 5 tahun bagi stage 1. Alhamdulillah saya pun stage 1 , early stage invasive juga dulu, dan masih sihat selepas 7 tahun.

Usaha membasmi kena diteruskan dan ditingkatkan lebih kuat berbanding sebelum ini dan orang lain yang tidak pernah dapat kanser. Punca kanser ini pelbagai. Minda kena sentiasa positif. Sentiasa maafkan diri dan mereka yang disekeliling kita.

Guna semua kaedah perubatan yang dibenarkan oleh Islam. Kalau ada 10 kaedah guna semua kaedah. dari alophaty, rukiyyah, perubatan ikut sunnah nabi, perubatan herba, perubatan naturophaty. Amal ayat khas untuk elak dan sembuhkan kanser, baiki ibadah dan kehidupan. Jadikan solat, sedekah, zikr dan al qur'an dan doa sebagai penolong dan penyembuh. Saya kepilkan doa utk diamalkan. Mohon print dan beri salinan pada puan yang terlibat.

Sampaikan salam saya pada Al Ayubi yang baru ini. Saya mohon no. hp pesakit ini untuk saya berkenalan dan membantu dimana yang boleh. Sesungguhnya seluruh ahli keluarga ini sedang di uji dan mereka perlukan sokongan.

Salam
Rosliya
019-757 9928
rosliya@pusrawi.com.my
rosliya.blogspots.com

3 ulasan:

Umi Kalthum Ngah berkata...

Dear Rosliya,

Apa khabar anti?

Semoga anti sihat wal'afiat.

Saja singgah sebab lama sudah kita tidak berjumpa...

UmmU-Nisaa' berkata...

slm makcik liya... munirah ni dari uia... yg tumpg usrah mkcik kat ppukm... hehe
sukalah blog ni mkcik... ada yg mmbuatkn mun hmpir melelh air mata.. mkcik sungguh tabah.. keceriaan makcik menyembunyikan kisah yg disebaliknya.
mun nak jadi tabah mcm makcik. ^_^

Duo Pink Beauty Shop berkata...

salam,
Saya ingin berkongsi citer seorang makcik yg telah kembali sihat dari cancer payudara dgn izin dari Allah setelah memakan Tranfer Factor. Dokter2 pakar telah mengesahkan makcik tu bebas dari sel2 cancer setelah 2 bln dia mengambil Tranfer Factor...
Sy ingin membantu bkn ingin mengambil kesempatan. sesungguhnya yg baik itu dari Allah swt...

http://coolbloggerbizz.blogspot.com/

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan
Lima tahun yang lalu saya Allah pilih untuk menerima ujian dengan didiagnos mengidap kanser payudara. Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar. Insiden itu telah merubah saya ketahap yang lebih baik dari segi iman, amal malah kehidupan saya keseluruhannya. Sekiranya anda ingin sokongan moral dalam menghadapi kanser bolehlah menghubungi saya di rosliya@pusrawi.com.my. atau 019-7579928 Salam