Rabu, 14 Mei 2008

CAKNe JIM - PUSRAWI - Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser

Perkhidmatan Sokongan Kanser CAKNe PUSRAWI


Aktiviti CAKNe adalah kerjasama antara Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan Hospital PUSRAWI.Sdn. Bhd dalam membantu pesakit kanser dan keluarga mereka.

Sumbangan untuk aktiviti CAKNe boleh dibuat atas nama Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd atau Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia dan ianya amat dihargai.

Perkhidmatan yang disediakan adalah :

a. Panduan dan Sokongan Emosi
b. Kelas Senaman Selepas Mastektomi
c. Bekalan Coli Selepasa Mastektomi
d. Perjumpaan Bulanan Pesakit Kanser
e. Lawatan Ke rumah Pesakit Kanser
f. Kelas Kesedaran Kanser

Sessi bimbingan dan perkhidmatan adalah dengan temujanji. Sila hubungi Hajjah Rosliya Abbas untuk maklumat lanjut 019-757 9928.

Sila lawati www.pusrawi.com.my juga weblog Wanita JIM di www.jim.org.my. Hospital PUSRAWI Sn. Bhd 03-2687 5000. Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 03-4173379

Coli Khas Selepas Mastektomi

Assalamualaikum,

Puan,

Sesiapa yang memerlukan boleh mendapat bekalan di Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.
Sila hubungi saya Rosliya 019-757 9928

Salam

Rosliya Abbas

Jumaat, 25 April 2008

ISO satu Tazkirah

Alhamdulillah, baru selesai Audit Luar hari Rabu 23 Aprl. memang stress menyiapkan data dan memastikan everything in place.



Lega bila dah lepas. Ade kantoi sikit tapi bukan isu besar.



Bila fikir-fikir , persiapan dengan ISO Allah tak sehebat persiapan ISO 9001 ni. Sebab apa? Mungkin sebab tak nampak yang akan datang periksa dan yang akan datang tanya. Keputusan pun tak nampak.



Ya Allah ampuni hambamu ini atas sifat kelalaian. Berilah hidayah dan berkatilah setiap detik kehidupan yang kau beri peluang kepada ku. Terimalah amalanku. terimalah taubatku. matikan daku dalam keadaan beriman dan redha mu. Hadiahkan aku dengan syurgamu.



Amin

Selasa, 15 April 2008

Segala Pada Kita Adalah Pinjaman

Setiap jiwa ada keinginan yang tersendiri. Keinginan itu pastinya tidak terbatas kerana ia dipimpin oleh akal dan nafsu. Keinginan ini akan menjadi ibadah bila dibimbing oleh keimanan pada Allah. Semua dari Allah dan kerana Allah.

Terkadangkala kita terlupa isu bahawa apa yang ada pada kita dan apa yang kita inginkan adalah hak Allah. Maka emosi kita akan meruntun dan gulana. Hanya keimananan pada Allah akan mendamaikan jiwa ini dengan kembali pada asasnya sesuatu dari Allah dan kerana Allah.

Dengan itu sekiranya nikmat pinjaman yang ada diambil kembali tuan empunya, kita akan damai kerana itu pinjaman dan bukan kita punya. Kesedihan adalah lumrah atas pengambilan semula kerana telah ada kaitan emosi sayang pada diri yang menerima pinjaman. Seharusnya kita bersyukur kerana telah meumulangkan kembali pinjaman kepada yang empunya. Semoga amal kita semasa pinjaman itu bersama kita diterima dan dihargai Allah dengan beroleh ganjaran keampunan dan syurga.

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum, Ahlan Wa Sahlan
Lima tahun yang lalu saya Allah pilih untuk menerima ujian dengan didiagnos mengidap kanser payudara. Alhamdulillah proses rawatan berjalan lancar. Insiden itu telah merubah saya ketahap yang lebih baik dari segi iman, amal malah kehidupan saya keseluruhannya. Sekiranya anda ingin sokongan moral dalam menghadapi kanser bolehlah menghubungi saya di rosliya@pusrawi.com.my. atau 019-7579928 Salam